Kehidupan sebagai suami dan isteri memerlukan pengorbanan dan kesetiaan bagi menjamin keharmonian dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Si isteri dianggap sebagai tulang belakang suami dan menjadi orang pertama yang melalui fasa susah senang bersama suami dalam melayari bahtera rumah tangga.
Namun, ini kisah yang terjadi pada Februari 2009, Dalia Dippolito isteri kepada Michael Dippoloto bertindak mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya sendiri. Dalia bertindak sedemikian bagi mendapat pampasan ke atas kematian suaminya.
Siapa Dalia Dippolito?
Dalia merupakan seorang escort girl yang cantik dan berjaya memikat ramai lelaki. Dia berkahwin dengan Michael Dippolito setelah setahun berkenalan. Uniknya, pasangan tersebut mempunyai minat yang sama iaitu, obses dengan rancangan realiti televisyen. Pasangan ini turut bercita-cita tinggi untuk menjadi peserta realiti televisyen pada masa akan datang.
Suaminya Michael, mempunyai rekod jenayah lampau kerana terlibat dengan kes penipuan kewangan, dadah, dan menganggotai sindiket jenayah. Walaupun Michael berada dalam keadaan bebas tetapi dia tetap dipantau oleh pihak polis kerana masih dalam tempoh pengawasan.
Merancang untuk perangkap
Gambar sekadar hiasan
Selepas sebulan perkahwinan mereka, rumah pasangan tersebut telah diserbu dan digeledah oleh pihak berkuasa. Menurut sumber, pihak berkuasa tersebut menerima maklumat rahsia mengenai kegiatan jenayah yang masih dilakukan oleh Michael secara under water. Ketika serbuan, pihak berkuasa tidak menjumpai sebarang petunjuk yang mencurigakan.
Namun, selang beberapa bulan Michael diterjah untuk kali kedua, kali ini keretanya turut diperiksa. Hasilnya tetap gagal apabila tiada sebarang petunjuk yang boleh menyebabkan dia ditangkap.
Setelah 2 kali pihak berkuasa gagal, tapi kali ini pihak berkuasa berjaya menjumpai bungkusan dadah jenis kokain yang disimpan pada bahagian tayar ganti. Tapi, Michael ketika itu cuba menyakinkan pihak berkuasa bahawa dadah tersebut bukan miliknya dan dia diperangkap oleh seseorang yang tidak dikenali.
Rupa-rupanya individu yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa yang bertindak menggeledah rumah Michael adalah isterinya sendiri. Dalia juga bertanggungjawab meletakkan bungkusan dadah dalam kereta Michael dengan harapan suaminya gagal dalam tempoh percubaannya. Keadaan ini secara tidak langsung membolehkan dia mendapatkan semua duit dan harta milik Michael.
‘Plot Twist’ berlaku
Langkah licik Dalia tidak terhenti di situ, apabila rancangan sebelum ini gagal. Kali ini dia bertindak secara luar biasa apabila mengambil keputusan untuk berjumpa dengan rakannya iaitu Shihadeh. Ketika perjumpaan itu, Dalia meluahkan kepada Shihadeh bahawa dia tidak gembira dengan suaminya sendiri. Melalui sesi perjumpaan itu, Dalia turut memberikan pendapatnya untuk mengupah pembunuh upahan dalam menjayakan misinya untuk membunuh Michael.
Tindakan Dalia digambarkan sebagai seorang yang tamak dan licik apabila dia bertindak mengupah pembunuh upahan demi membunuh suaminya sendiri bagi mendapatkan pampasan insurans. Rakannya, Shihadeh membuat tindakan yang bijak apabila bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Selepas pihak polis memperolehi maklumat tersebut , pihak polis mengambil tindakan dengan membuat plot twist untuk memerangkap Dalia bagi mendapatkan bukti pendakwaan. Tindakan Dalia seperti masuk perangkap apabila pembunuh yang diupah itu merupakan seorang polis yang sedang membuat penyamaran.
Pelakon terbaik ‘Oscar’
Polis cakap,minah ni boleh menang Oscar for her fake reaction bila polis buat-buat tipu dia yang ada suami dia kena rompak & kena bunuh, polis record her reaction as proof for plotting murder of her husband, minah ni kena penjara sekarang & akan keluar 24 August 2032 ,pisang boi pic.twitter.com/y2QVd75Slc
— IB ? (@IBCIG) September 15, 2020
Selepas memperolehi maklumat daripada Shihadeh, maka pihak polis telah mengambil satu langkah ke depan dengan membuat plot palsu untuk memerangkap Dalia bagi mendapatkan bahan bukti pendakwaan.
Pihak polis mengatur pertemuan antara Shihadeh dengan Dalia. Ketika itu, Shihadeh mendakwa dia mengenali seorang pembunuh upahan yang boleh membunuh Michael. Dalia tanpa berfikir panjang ketika itu bersetuju untuk memberi upah sebanyak $1,200 serta sekeping gambar Michael. Sesi seterusnya merupakan Dalia sendiri bertentang mata dengan pembunuh upahan tersebut.
Namun, dia tidak sedar bahawa pembunuh upahan itu adalah pegawai polis yang sedang melakukan penyamaran. Waktu klimaks berlaku apabila pihak polis sendiri pergi ke rumah Michael dan menjelaskan apa yang sudah dirancang oleh isterinya. Ketika kejadian tersebut, Dalia sedang berada di gim, Michael seakan tidak percaya bahawa isterinya sendiri sanggup merancang untuk membunuhnya. Michael terus dibawa ke balai polis untuk mengelakkan daripada rancangan tersebut gagal.
Pihak polis terus menghubungi Dalia agar pulang ke rumah dengan kadar segera untuk menyampaikan berita bahawa Michael telah mati dibunuh. Dalia yang seakan-akan terkejut dengan berita itu terus menjerit dan menangis teresak-esak meratapi kesedihan kehilangan suaminya.
Dihukum penjara
Foto: Abc News
Dalia kemudian terus dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Pihak polis turut menjelaskan bahawa suaminya masih hidup dan ia merupakan rancangan dari pihak polis. Pada mulanya, Dalia menafikan tuduhan tersebut dan beranggapan ia sebagai tuduhan tidak berasas kerana merancang pembunuhan suami sendiri.
Berikutan tindakan tersebut, selepas melalui tiga kali perbicaraan Dalia telah didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun dan akan dibebaskan pada tahun 2032.
Kejadian seumpama ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua supaya tidak mudah untuk mempercayai individu-individu yang baru dikenali.
Sumber: Abc News, Jack Lester , IBCIG & Sun Sentinel