berita

Masuk Berita Rumah Banjir, Youtuber Terkenal Indonesia Ada 15 Juta Pengikut Ini Rupanya Terkandas Di Malaysia

May 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Mungkin ramai belum kenal dengan Youtuber terkenal Indonesia dikenali sebagai Gen Halilintar yang mempunyai lebih 15 juta subscriber hanya dengan berkongsi kisah keluarga besar mereka. Boleh dikatakan setiap ahli keluarga mereka yang terdiri daripada 6 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan ini mempunyai channel Youtube masing-masing. Fuh hebat kan?

Terbaru, di Twitter seorang wanita yang dikenali sebagai Kujie mendedahkan keluarga ini kini di Malaysia terkandas akibat Covid-19. Keluarga tersebut memuat naik video saat mencemaskan terkandas dalam banjir di Malaysia sehingga jadi tanda tanya ramai peminat mereka.

Terperangkap banjir di Malaysia

Menurut Kujie, salah seorang pengikut di Indonesia bertanyakan mengenai banjir di Malaysia dan memaklumkan bahawa terdapat Youtuber terkenal Indonesia terperangkap di situ. Tambahnya lagi, keluarga tersebut merahsiakan lokasi mereka sehingga menjadi tanda tanya ramai peminat.

Di Youtube, keluarga memuat naik beberapa video secara langsung bagaimana mereka menghadapi bencana banjir itu sehingga terpaksa lari naik ke atas atap rumah. Dikhabarkan keluarga Geng Halilintar terkandas berada di Malaysia akibat Covid-19 yang melanda saat mereka ingin menunaikan umrah.

Video tersebut turut menyaksikan bagaimana keluarga tersebut cuba menyelamatkan diri serta barang-barang berharga di rumah tersebut sebelum diselamatkan oleh pihak bomba Malaysia.

Banjir teruk lari atas atap

https://www.youtube.com/watch?v=jekOnVTxl3w

Menerusi Berita Harian, banjir kilat melanda dua lokasi di Taman Yan Ming dan Taman Seroja petang semalam memaksa 24 penduduk dipindahkan termasuk 15 warga Indonesia. Kejadian berlaku disebabkan hujan lebat bermula jam 5.30 petang, sekali gus mengganggu persiapan penduduk untuk berbuka puasa.

Di Taman Seroja pula, 15 penghuni warga Indonesia terjejas dipindahkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mengikut mangsa kejadian, air memasuki rumah sehingga paras pinggang dan arusnya juga deras menyebabkan mereka sekeluarga hanya mampu menyelamatkan diri. Malah kereta milik jiran yang diparkir di tepi jalan turut dibawa arus.

Sumber : Kujie, Berita Harian,

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×