berita

Masuk Wad Kerana Deman Denggi, Selepas 3 Hari Doktor Sahkan Abang Hidap Penyakit Barah Otak

June 4th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Hati mana tak terusik jika orang kita sayang tiba tiba sekelip mata jatuh sakit. Daripada sihat bersama kita, tiba tiba terlantar menanggung kesakitan di atas katil. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai orang Islam, kita hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah. Yakin pada segala hikmah.

Seperti perkongsian kali ini buat hati admin tersentuh, masuk wad kerana hanya deman denggi. Tak sangka rupanya menghidapi barah. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Allah ini.

Masuk wad kerana deman denggi

Nih abg pika asalnye sihat walafiat, 18 november 2016 bangah disyaki demam denggi kena tahan wad esoknye dye tak sedarkan diri hospital klang tak dapat detect sakit apa transfer ke hospital sungai buloh. Bangah disahkan menghidap barah otak . selang 3 hari besday bangah genap lah umur dia 22 tapi time tuh bangah koma tak sedarkan diri. Daripada badan bangah penuh mesin sampai lah sekarang bangah tak bergantung kat apa2 mesin. Tapi sekarang bangah dah balik rumah setiap sebulan sekali kena pegi hospital naik ambulas sebab dia tak boleh duduk.

Sekarang dia dah boleh bukak mata cuma tak boleh cakap n hanya minum susu je setiap 3 jam sekali..hmmm bangah cepat lah sihat macam dulu sekarang lain sangat suasana bila bangah sakit ika takde kawan bangah ika rindu sangat kat bangah. Pika ingat pika seorang je nasib macam nih rupanye kat luar sana ramai lagi senasib.
#rindubangah
#hanyaluahkanperasaan

Disahkan barah otak

Posted by Cik Pika on Thursday, 1 June 2017

Ya Allah sebak hati tengok. Sama sama kita doakan semoga abang cik Pika sihat kembali. Inn sha Allah

Sumber : Cik Pika

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×