

Selebriti media sosial, Masya Masyitah berkongsi gaya rambut terkininya kepada pengikut di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masya Masyitah Kembali Aktif Di Sosial Media Selepas Setahun ‘Hilang’, Netizen Baru Tahu Rupanya Dah Tak Bertudung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Masya Masyitah Masih Sambar ‘Job’ – ‘Kata Tak Nak Jadi Artis Dah’
Gaya rambut baharu

Menerusi hantaran di TikTok, Masya atau nama lengkap Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff berkongsi video memaparkan rambutnya yang sudah potong pendek hingga paras bahu.
Di ruang kapsyen, Masya bertanyakan kepada wargamaya mengenai gaya rambut tersebut.
New haircut? Yes or no?
Meskipun rata-rata memuji gaya rambut terkininya, namun masih ada segelintir yang mengakui Masya lebih sesuai berambut panjang sepeerti sebelum ini.
Malah, ada juga yang mengatakan gaya rambut tersebut persis watak Deoksun lakonan Lee Hye-ri dalam drama bersiri Korea berjudul Reply 1988.
Pun begitu, ada juga yang memberitahu bahawa Masya lebih cantik dan manis dengan imej bertudung.
Pada Julai 2023, Masya mengejutkan ramai apabila mengakui sudah tidak lagi berhijab.
Katanya, keputusan untuk menanggalkan hijab dibuat dengan sukarela tanpa didorong mana-mana pihak.
Selain itu, Masya juga mengumumkan pengunduran dari dunia seni dan tidak mahu lagi bergelar penyanyi.
Sumber: TikTok








