berita

[VIDEO] Netizen Kecam Masya Masyitah Masih Sambar ‘Job’ – ‘Kata Tak Nak Jadi Artis Dah’

August 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Masya Masyitah Job

Penyanyi Masya Masyitah sekali lagi dikritik warganet apabila dia dilihat masih giat menjalankan penggambaran walaupun pernah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri dari dunia ‘glamour’ sebelum ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Salahkan Mak Ayah Saya & Saya Tak Mahu Lagi Jadi Artis’ – Masya Masyitah

Artikel Berkaitan: Bulu Kaki Masya Masyitah Jadi Sasaran Baru Netizen! Semakin Berani Tunjuk Perut

Video promosi

Masya Masyitah Job

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff sedang menjalankan penggambaran untuk sebuah jenama makanan tempatan.

Penyanyi berusia 23 tahun itu kelihatan ceria ketika sesi penggambaran tersebut yang dipercayai bagi mempromosikan festival makanan dan bakal diadakan bersempena sambutan kemerdekaan tidak lama lagi.

Netizen ungkit

Masya Masyitah Job

Bagaimanapun, warganet dilihat kurang senang dengan Masya yang dianggap tidak mempunyai pendirian tetap. Kritikan tersebut dilemparkan berikutan penyanyi itu pernah menyatakan bahawa dia kini tidak mahu lagi aktif sebagai anak seni.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir pengikutnya yang memuji kecantikan pelantun lagu Halimunan itu walaupun dia tidak lagi mengenakan hijab.

@absolutevent

BTS videoshoot Absolut Food Fest x Coca Cola Malaysia Memasak 2023 bersama @MasyaMasyitah ? Jom sambut MERDEKA di #absolutfoodfest x #cocacolamalaysiamemasak 2023 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada 31hb Ogos – 3 September! ?? Jumpa DISANA! ??

? original sound – AbsolutFoodFest – AbsolutFoodFest

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×