Penyanyi Masya Masyitah tidak pernah lari daripada kontroversi penampilan yang sentiasa menuai kecaman netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Kena Kecam Lagi, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Fesyen Pakai Bra Dekat Luar
Pakai skirt pendek & legging
Terbaru, Masya sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengenakan fesyen yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), penyanyi berumur 22 tahun itu berkongsi foto mengenakan skirt pendek dengan legging putih ketika bercuti di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.
Penampilan itu telah ‘pancing’ warganet untuk meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Fesyen apa ini?
Rata-ratanya kurang senang dengan legging yang dipakai pemilik Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff yang agak ketat sehinggakan menampakkan bentuk kaki.
Selain itu, ada juga yang pening dengan fesyen pelantun lagu Hapus yang makin pelik meskipun sudah beberapa kali ditegur.
Dalam pada itu, pengikut turut mendoakan agar Masya akan berubah satu hari nanti.
Hasil pemerhatian OhBulan!, anak kelahiran Kulim, Kedah ini langsung tidak memberi sebarang respon.
Sebelum ini, Masya pernah ditegur kerana memakai pakaian yang didakwa kelihatan seperti bra yang dipakai di bahagian luar bersama ‘jumpsuit’ dan baju ‘turtleneck’ berwarna kelabu.
Sumber: Instagram