berita

Masya Masyitah Tampil ‘Freehair’, Netizen Kecam Hebat & Sepakat Unfollow -‘Hanyut Dikejar Dunia’

July 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Masya Masyitah

Tindakan penyanyi Masya Masyitah yang memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada petang Ahad, telah menyorot perhatian ramai pihak.

Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Pakai Skirt Pendek & Legging Putih, Netizen ‘Garu Kepala’ Tengok Fesyen Makin Pelik

Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Kena Kecam Lagi, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Fesyen Pakai Bra Dekat Luar

Netizen kecam!

Masya Masyitah

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas pada hantaran tersebut telah mengecam Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff yang bertindak menanggalkan tudungnya.

Selain itu, netizen turut mempersoalkan apakah tujuan sebenar pelantun lagu Halimunan itu bertindak sedemikian.

Malah, netizen turut sepakat untuk ‘unfollow’ penyanyi berusia 23 tahun itu di Instagramnya bermula hari ini.

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen yang mendoakan Masya agar memperoleh hidayah serta petunjuk daripada Allah.

Terdahulu, Masya mengejutkan ramai pihak selepas dia memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab sambil bergambar di sebuah kereta mewah jenis Audi.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat rambut penyanyi itu bewarna merah jambu sehingga ada yang berseloroh menyamakannya persis watak ‘Barbie’.

Sebelum ini, nama Masya turut menjadi topik bualan hangat netizen apabila dia mengenakan beberapa busana yang kurang sopan dan dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya yang berhijab.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×