Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kecewa apabila ada golongan antivaksin mendakwa alahan yang terjadi pada wajahnya disebabkan pengambilan vaksin Covid-19.
Alahan panadol bukan vaksin!
Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai, 39, menegaskan masalah alahan yang dihadapinya sehinggakan kedua-dua mata bengkak adalah disebabkan pengambilan ubat paracetamol.
Katanya, dia sudah lengkap mendapatkan vaksin sebulan yang lalu jelas sekali tidak ada kait rapat.
Saya perlu menjelaskan mengenai perkara ini. Semua, hantaran sebelum ini berkenaan mata saya yang bengkak adalah disebabkan oleh alahan pada paracetamol, bukan vaksin!
Saya telah mendapatkan vaksinasi lengkap hampir sebulan yang lalu tanpa mempunyai sebarang kesan sampingan sama sekali. Siap makan durian selepas cucuk. Alhamdulillah, elok.
Jangan putar belit
Dalam pada itu, pelakon Cinta Fatamorgana berharap agar penjelasan ini sudah jelas dan tidak ada lagi pihak yang cuba memanipulasi apa yang dikongsikan di media sosial.
Mata bengkak ini baru dalam dua minggu kerana makan paracetamol. Ampa yang anti-vaksin itu malas saya nak cakap fasal ini kerana hak awak untuk memilih. Tapi janganlah putar belit kata saya.
Satu kerja pula nak kena terangkan mengenai perkara ini banyak kali. Bengkak mata saya pun dah surut tapi cerita ini tak surut-surut lagi.
Sumber: Instagram @faezahelai