Di Instagram, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu anak autismenya iaitu Azal Azrai disahkan menghidap masalah saraf pada muka iaitu Bell’s Palsy oleh doktor, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Tiba-Tiba Air Terpancut Keluar Dari Mulut’ – Adibah Noor Diserang Bell’s Palsy
Artikel Berkaitan: Selepas 4 Minggu, Akhirnya Faye Kusairi Sembuh Dari Bell’s Palsy
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ramai Lelaki Tak Boleh Terima Saya Macam Ni’ – Kakak Emma Maembong
Bawa Azal pergi hospital cepat
Menurut Zarina, semasa bangun tidur pagi semalam, dia mendapati mata Azal berkedip-kedip tetapi hanya menyangka ia akibat dimasuki habuk.
Saya tidak fikir apa-apa yang buruk dan beli ubat titis mata. Saya ingat dah okey dan tiada apa-apa. Dalam masa sama saya buat ‘live’ untuk menjual produk.
Waktu itu pengikut saya yang perasan masalah pada Azal dan minta saya cuba periksa. Katanya, dia rasa Azal mengalami Bell’s Palsy apabila mukanya seperti senget.
Lepas habis live saya nak tahu betul atau tak dan urut-urut muka Azal untuk pastikan dia boleh pandang atau tidak. Semua yang disuruh buat dia boleh ikut.
Bercerita lebih lanjut, Zarina berkata, anaknya itu tidak boleh membuka mulut dengan besar sewaktu makan malam.
Mulutnya senget. Nak makan kena yang lembut-lembut saja. Dia boleh kunyah tapi sebelah mulut saja. Saya terkejut dan terus tutup gerai jualan dan bergegas ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Doktor kata wad penuh dan bagi suntikan steroid kemudian suruh balik dan pagi ini kena datang semula. Hari ini baru doktor sahkan Azal ada Bell’s Palsy.
Zarina berkata, doktor memaklumkan saraf di bahagian telinga Azal mengembang disebabkan virus yang disebarkan dari udara dan tidak akan berjangkit kepada orang lain.
Katanya ia akan makan masa empat bulan untuk sembuh. Boleh baik tapi kena jaga bagi makan ubat dan buat fisioterapi.
Selepas jumpa doktor, kami ke Singapura untuk berniaga. Azal dah makan ubat dan boleh ikut saya tanpa perlu rehat.
Bagi saya, lagi elok dia bercakap dan bergerak agar dia aktif dan jangan lemah. Kena buat aktiviti macam biasa. Cuma kena berjumpa semula dengan fisioterapi dan bagi makan ubat.
Di akhir posting, Zarina mengakui ini adalah ujian buatnya kerana sebelum ini anak ketiganya, Naim disahkan memiliki satu buah pinggang.
Sumber: Zarina Zainuddin