berita

Mata Makin Kabur, Doktor Cadang Elyana Guna Satu Ubat Khas Harga RM50,000

October 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Elyana memaklumkan dia akan menjalani sesi kedua rawatan kimoterapi pada Jumaat ini.

Artikel Berkaitan: Jangan Kongsi Kisah Pesakit Kanser Yang Tewas, Elyana Mohon Netizen Faham Keadaannya – ‘Saya Sedang Bertarung’

Satu ubat RM50,000

Menurut Elyana, 34, doktor mencadangkan dia untuk menggunakan satu ubat khas bagaimanapun, harga ubat itu agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan dan tentu kosnya sangat tinggi.

Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga. Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas.

Rabun makin teruk

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Elyana berkata, dia mengalami beberapa kesan sampingan antaranya rabun yang semakin teruk selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi pertama.

Kata pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu, dia belum mengetahui lagi sama ada sel kanser sudah mengecut atau belum memandangkan ini baru sesi pertama.

Selepas menjalani kimoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.

Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama.

Terdahulu, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan pertama kali mendedahkan mengenai penyakit itu di konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya pada 2017.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×