berita

Mata Pensel Tercucuk Di Dada, Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Trauma

July 24th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah pada hari ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kesan buli kepada mangsa boleh menyebabkan trauma dan banyak lagi kesan serius lain.

Seperti kisah yang dilaporkan ibu ini, anaknya didakwa menjadi mangsa buli rakan-rakan sekelas. Menerusi gambar yang dimuatnaik, terdapat dua kesan tikaman pada dada mangsa sehingga mata pensel terbenam ke dalam.

Anak dibuli

Tunggu dengan hati sebak

Dalam keadaan sakit

Yang tadi saya terpadam. Macam ni la.. Ibu-ibu.. Ayah-ayah.. Andai kata anak kita mengadu di buli.. Anak kata duit kena ambik.. Anak. kata tak selesa.. Anak rasa takut nak gi sekolah.. Anak kita tiba-tiba marah dan macam-macam lagi perubahan..

Tolong la. Tolong sangat-sangat.. Jangan berdiam diri.. Jangan kata anak buang tebiat la.. Anak buat perangai la.. Tak ibu-ibu.. Kita silap.. Sebenarnya anak kita menyimpan seribu duka.. Kita pandang ringan soal anak-anak kat sekolah sebab kita rasa anak-anak selamat di tangan guru-guru..

Mata pensel terbenam di dada

Mata pensil terbenam dekat dada

Tapi sebenarnya.. Anak kita sangat susah nak bersuara pada cikgu.. Dalam kes saya.. Nasib banyak bukti dari kawan-kawan sekelas dia.. Kawan-kawan dia nampak apa yang berlaku.. So kat sini kita tahu jalan cerita.. Baru dua minggu lepas kes anak saya kena buli.. Baru anak nak baik trauma.. Mai pula kes ni lagi.. Allah mak mana yang tak sedih semua.. Jadikan pengajaran buat semua..

Waris dah mohon maaf

2 kesan nampak kat situ

Tembus sampai ke dalam.. Baju koyak

Assalamualaikum semua..
Saya share ni bukan untuk menunding jari ke mana2 pihak.. Saya berkongsi hanya utk dijadikan pengajaran buat semua.. Kita sebagai mak ayah kena peka dan jadi pendengar masalah anak2 kita.. Alhamdulillah semuanya dapat di selesaikan dengan cara baik.. Pihak WARIS pelajar tu pun dh buat pemohonan maaf kepada kami.. So ambik sebagai ikhtibar di masa akan datang buat semua.. Terima kasih

Dan walaupun kecederaan tak la seteruk mana.. Tapi sebaiknya kita bagi kata semangat buat anak kita.. Setakat ni.. Anak hanya takut utk ke sekolah.. Harap2 esok dia nak skolah seperti biasa.. Dan. Alhamdulillah anak sy dalam keadaan Ok.. Doc cuma minta sy tengok2.. Andai kata 2 3 harini ada sakit dada.. Muntah2 atau lain2.. Sy kena p semula jumpa doc.. Sebab doc tak tau mata pensil tu tertusuk sedalam mana..

Doakan yg baik2 buat anak2 sy dan anak2 kita semua.. Terima kasih

Sumber : Mell Koleksi Balqis

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×