berita

Mata & Tangan Dililit, Warga Emas Kena Samun Ketika Pulang Dari Klinik

July 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang wanita warga emas berdepan situasi cemas apabila mata dan tangannya diikat dengan pita pelekat sebelum dilarikan empat individu yang tidak dikenali.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di sebuah hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Rawang, kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.

Dipelawa untuk menumpang

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, wanita tersebut dipelawa seorang wanita dan seorang lelaki untuk menumpangkannya pulang ke rumah di Taman Tun Teja. Pada masa yang sama, dua orang lelaki lain turut berada di dalam kereta itu.

Tambahnya, mangsa turut bersetuju atas pelawaan tersebut. Mangsa kemudian dibawa ke kawasan parkir sebuah restoran lalu tangannya diikat, manakala matanya dililit dengan pita pelekat.

Polis sedang mengesan empat suspek

Suspek kemudian menyamun mangsa selepas mata dan tangannya dililit. Kesemua barang kemas, wang dan ubat  wanita tersebut diambil lalu ditinggalkan berseorangan di sebuah tanah perkuburan India.

Suspek bertindak menyamun mangsa dan mengambil dua cincin emas, subang, ubat-ubatan dan wang tunai RM110 dengan anggaran nilai kerugian kira-kira RM3,000. Mangsa kemudian ditinggalkan di kawasan tanah perkuburan India Taman Setia sebelum dibantu orang awam yang menyedari kejadian itu.

Pihak polis sedang bergiat mengesan empat suspek termasuk seorang wanita yang melakukan kegiatan berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×