berita

Scammer Arah Remaja Pura-Pura Diculik, Wang Sebanyak RM283,000 Lesap

October 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

pura-pura culik

Gambar sekadar hiasan

Sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak berkuasa telah meminta seorang remaja lelaki untuk mengikat dirinya sendiri dan disuruh bersembunyi seolah-olah diculik.

Artikel Berkaitan: Lelaki Culik Anak Bekas Teman Wanita, Letak Bayi Dalam Beg Tangan & Gantung Pada Motosikal

Artikel Berkaitan: Isteri Iklan & Jual Bayi Di Facebook, Suami Pula Sangka Diculik

Dilarang berhubung dengan keluarga

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada remaja berkenaan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memaklumkan bahawa anaknya telah diculik selain meminta wang tebusan sebanyak RM300,000 pada Selasa lalu.

Ekoran itu, wanita tersebut bertindak membuat laporan kepada pihak polis selepas gagal menghubungi anaknya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya berjaya menjejaki remaja berusia 18 tahun itu di sebuah kondominium di Seksyen 7, Shah Alam.

Siasatan awal mendapati, remaja tersebut telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai Pos Laju Malaysia sebelum mangsa diminta melakukan transaksi berjumlah RM283,00 ke beberapa akaun sindiket penipuan.

Lelaki berkenaan menyatakan ada bungkusan milik mangsa yang menyalahi undang-undang sebelum dia diarahkan bercakap dengan seorang lagi individu yang menyamar sebagai pegawai kanan polis.

Remaja lelaki berkenaan dituduh oleh individu berkenaan bahawa dia terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram dan kegiatan pengedaran dadah.

Difahamkan mangsa telah terpedaya dengan dakwaan tersebut lalu diarahkan untuk membayar sejumlah wang.

Remaja berkenaan pada mulanya memasukkan RM80,000 pada 30 September lalu sebelum memasukkan sekali lagi sejumlah RM80,000 pada keesokannya di beberapa akaun.

Pada 2 Oktober, remaja itu sekali lagi melakukan pindahan wang sebanyak RM80,000 dan kali terakhir RM43,000 dan menjadikan RM283,000 dimasukkan oleh remaja berkenaan.

Dalam masa yang sama, remaja malang itu dilarang menghubungi sesiapa pun termasuk ahli keluarganya dan diarahkan suspek untuk bersembunyi.

Dalam tempoh mangsa menyembunyikan diri, suspek turut menghubungi ahli keluarga mangsa dan mendakwa mangsa diculik bagi meminta wang tebusan.

Susulan itu, polis telah menahan dua lelaki tempatan yang didakwa terlibat dengan kes tersebut dan mereka direman sehingga 14 Oktober ini untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×