berita

‘Dua Panggilan Ini Khas Buat Maryam Untuk Saya’ – Mawar Karim Jawab Isu Panggilan Bakal Isteri Fizo

March 2nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara menjawab pertanyaan pengikut di Instagram Story, bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu  Mawar Karim dianggap ‘cemburu’. Menerusi beberapa portal hiburan, Mawar didakwa melarang bakal isteri Fizo Omar untuk menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’ kepada anak tunggalnya iaitu Maryam.

Panggilan itu khas buat Kak Mawar

Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang sebab dia begitu istimewa. Bagi Kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu lagi dikenang. Masing-masing ada kehidupan dan pilihan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas.

Menurut Mawar, dia tidak kisah sama ada bekas suaminya itu mahu mendirikan rumah tangga. Malah, dia gembira dan berdoa yang terbaik semoga Fizo bertemu jodoh yang sesuai dan sempurna. Susulan daripada jawapan tersebut, Mawar terkejut apabila sesetengah portal mengetengahkan isu panggilan ini. Lebih teruk, netizen telah salah sangka mengenai kenyataan tersebut.

Saya bukan jenis cepat melenting

Maaf ya saya bukan jenis cepat melenting mahupun melatah kakak-kakak sekalian. Saya tidak ambil hati mahupun terasa hati dengan komen-komen yang kelakar. Sekali imbas sahaja saya baca terlalu banyak respon yang saya terima. Cuba faham betul-betul apa yang saya kata ini sangat ringkas dan mudah difahami. Juga jelas perkataan mummy or mama. Ayoo. Dua panggilan ini khas buat Maryam untuk saya. Selain itu, ibu, umi, bonda kawasan dan sewaktu dengannya terpulang one day kalau Maryam ditakdirkan dapat mak baru. Saya masih waras dan boleh berfikir secara logik kakak-kakak sayang semua. Jangan cepat judge kata saya jeolous.

Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Tidak perlu iri hati siapa lebih siapa kurang. Yang pasti fokus utama saya untuk Maryam. Tiada masa nak jealous kehidupan siapa-siapa. Chill saja kakak-kakak sayang. Banyak benda lagi saya nak fikir untuk masa depan. Jangan risau.

Terbaru, Mawar memuat naik satu posting di Instagram Story dan menjawab semula kenyataan yang disalah anggap oleh netizen. Ujarnya, Maryam merupakan fokus utamanya dan dia tidak mempunyai masa untuk cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Sumber: Mawar Karim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×