berita

Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’

October 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

mawar rashid buka tudung

Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Artikel Berkaitan: ‘Alasan Buka Tudung Sebab Tak Nak Hipokrit Adalah Standard Pemikiran Liberal & Sesat’ – PU Syed

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Kecewa Ramai Selebriti Buka Tudung – ‘Semoga Dibuka Kembali Pintu Hidayah Allah’

Dah ‘free hair’

mawar free hair

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mawar memuat naik dua keping gambar di depan cermin sambil menayangkan rambutnya yang diikat.

Aktres berumur 28 tahun itu juga menulis kapsyen meluahkan rasa gagal dalam berhijab.

Saya dah cuba. Tetapi saya gagal. Saya minta maaf.

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut bertindak menutup ruang komen di hantaran tersebut.

Kembali selepas mental bersedia

mawar rashid buka tudung

Sementara itu, isteri kepada Raf Yaakob juga memuat naik sekeping foto matahari terbenam yang diambil di tepi pantai di Instagram Story.

Sekadar info, Mawar terbuka hati untuk memakai tudung pada Ogos 2020 selepas masuk kelas agama.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×