berita

Mayat Bayi Ditemui Budak Lelaki 10 Tahun Bawah Blok Apartmen

March 30th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Mayat seorang bayi ditemui di bawah sebuah apartmen di Hougang Avenue, Singapura manakala seorang wanita berusia 18 tahun ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Buang Kaki Bayi Dalam Tandas Hospital Selepas Bersalin Sendirian

Artikel Berkaitan: Mayat Bayi Berbalut Kain Ditemui Dalam Kotak Sampah

Rumah Apartmen

Menurut laporan The Straits Times, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira jam 11.05 pagi waktu tempatan. Sebuah rumah di tingkat dua telah dikepung polis dan didapati terdapat kesan titisan darah di sekitar lobi lif berdekatan tingkat itu.

Setibanya di lokasi kejadian, mayat seorang bayi ditemui di bawah apartmen itu dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan kecemasan.

Turut difahamkan, bayi itu telah ditemukan oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dipercayai sedang berkhemah bersama keluarganya. Kanak-kanak itu memaklumkan mengenai penemuan tersebut kepada ibunya lalu menghubungi pihak polis.

Dalam pada itu, pihak polis kini sedang menyoal siasat seorang gadis berusia 18 tahun bagi membantu siasatan kes terbabit. Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: The Straits Times

SKIP THIS AD ×