Gambar sekadar hiasan
Kaki seorang bayi malang itu disyaki terpisah dari badannya akibat menjalani proses bersalin yang tidak mengikut prosedur perubatan.
Artikel Berkaitan: Neelofa Prihatin Isu Bayi Terbuang
Artikel Berkaitan: Mayat Bayi Berbalut Kain Ditemui Dalam Kotak Sampah
Tangkapan belum dilakukan
Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita berusia 36 tahun dari Kupang, Indonesia didakwa membuang kaki bayinya yang baru lahir ke dalam tandas di Hospital Tentera Wira Sakti Kupang.
Menurut Ketua Polis Bandaraya Kupang, Pesuruhjaya Kanan Polis Rishian Krisna berkata pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes tersebut.
Walaupun sudah kita menamakan dia (wanita berkenaan) sebagai suspek, namun dia masih belum ditahan.
Beliau kemudian menjelaskan bahawa wanita itu masih lagi menjalani rawatan sebagai pesakit luar dan keadaan kesihatannya masih belum pulih selepas bersalin yang menyebabkan polis menangguh dahulu tangkapan terhadapnya.
Dalam pada itu, mayat bayi tersebut telah dibedah siasat dan laporan menunjukkan bahawa bayi berusia tujuh bulan itu meninggal dunia adalah berpunca daripada ubat yang diambil oleh ibunya sebelum ke hospital.
Menurut Krisna, bayi yang mencecah usia tujuh bulan tidak termasuk dalam kategori pengguguran kerana keadaan organ bayi yang sudah lengkap dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.
Susulan itu, pihak polis kini sedang meneliti kesemua saksi termasuk ibu bapa wanita tersebut.
Sumber: Kompas.com