Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan maut selepas dipercayai menjadi mangsa serangan seksual dan pembunuhan di kawasan Quaidabad, daerah Malir, Pakistan.

Artikel Berkaitan: Berang Disuruh Isteri Cari Udang Di Sungai, Lelaki Tet*k Dua Anak Kandung Dengan P*rang Sampai M*ti

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Arwah Nidza Afham Selamat Jalani Proses Bedah Siasat, Dijangka Dikebumikan Selepas Waktu Asar

Mayat dibunuh, dirogol

Mangsa, yang berinisial K dilaporkan hilang sekitar jam 12 tengah hari pada Selasa ketika bermain di luar rumah keluarganya di Muslimabad Colony. 

Menurut bapanya, keluarga segera mencarinya sebelum mayat mangsa ditemukan di dalam sebuah guni berhampiran kediaman mereka pada petang hari yang sama.

Pakar bedah polis, Dr Summaiya mengesahkan terdapat bukti serangan seksual, manakala punca sebenar kematian masih menunggu keputusan laporan ujian kimia.

Siasatan awal mendapati jenayah tersebut dipercayai berlaku berhampiran rumah mangsa. Polis telah mengambil keterangan penduduk setempat serta menjalankan pemeriksaan di beberapa kediaman berhampiran.

Menurut sumber polis, lokasi penemuan mayat dan penggunaan guni untuk menyembunyikan mangsa menunjukkan suspek berkemungkinan individu yang mengenali kawasan tersebut.

Bedah siasat turut menemukan beberapa helai rambut manusia dan kesan DNA pada pakaian mangsa yang kini sedang dianalisis. Selain itu, terdapat petunjuk mangsa cuba mempertahankan diri, sekali gus menimbulkan kemungkinan lebih daripada seorang suspek terlibat.

Setakat ini, beberapa individu telah ditahan bagi membantu siasatan dan sampel darah mereka sedang diperiksa bagi mengenal pasti pelaku sebenar.

Sumber: Tribune