berita

Mayat Ditemui Di Sungai, Detik-Detik Akhir Mangsa Sebelum Dirogol & Dibunuh Dengan Kejam!

January 14th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang pelajar, Libby Squire dirogol, dibunuh dan dibuang di Sungai Hull pada tahun 2019. Kejadian itu difahamkan berlaku ketika mangsa dalam keadaan mabuk selepas keluar bersama rakan-rakannya. Lebih terkilan apabila seorang penjual daging dilihat bersama mangsa sebelum mangsa ditemui mati. Sehingga kini, pihak mahkamah masih belum mengetahui motif suspek membunuh mangsa.

Dibunuh dengan kejam

Gambar dari padang permainan Oak Road di mana pegawai mencari Libby

Pada malam kejadian, mangsa dikatakan tidak dapat masuk ke kelab malam bersama rakan-rakan lain kerana terlalu mabuk. Kemudian, rakan-rakannya memanggil teksi untuk menghantar mangsa ke rumahnya. Dia dilihat oleh saksi dalam keadaan tidak stabil dan kadang-kala terjatuh kerana jalan licin besalji. Mahkamah memberitahu rakaman  CCTV yang diambil antara jam 11.57 malam dan 12.08 pagi pada 31 Januari 2019 memaparkan Relowicz, penjual daging menunggu di ruangan berjalan kaki.

Pihak mahkamah menyimpulkan bahawa mangsa telah menjadi sasaran utama selepas melihat keadaan mangsa yang mabuk dan tertekan. Rakaman CCTV menunjukkan suspek membawa mangsa masuk ke dalam kereta namun pihak mahkamah tidak pasti sama ada mangsa dipaksa atau dipujuk memandangkan keadaan mangsa yang tidak waras ketika itu. Di sinilah kemungkinan mangsa diperkosa dengan kejam dan dibunuh. Ada mendakwa Libby dibunuh di padang dalam keadaan sejuk di Oak Road.

Suspek utama penjual daging

Pawel Relowicz suspek kes pembunuhan

Selepas beberapa minggu usaha keras untuk mencari mangsa, mayat Libby akhirnya ditemui di Humber Estuary oleh sebuah kapal nelayan di Spurn Point pada 20 Mac 2019. Mayat didapati memakai kalung emas dengan ‘L’ di lehernya ketika dia telah dijumpai. Ketika perbicaraan di hadapan mahkamah, seorang saksi wanita melihat mangsa mabuk dan menangis. Ketika dia bertanya kepada Libby apakah dia baik-baik saja, dia mengatakan ingin pulang ke Wellesley Avenue, tetapi sebenarnya berjalan ke arah yang salah.

Manakala dua lelaki tampil menjadi saksi memberitahu melihat mangsa berhampiran Haworth Street dan menghentikan kereta mereka untuk cuba menolongnya. Namun kerana mangsa secara tiba-tiba menjadi agresif disebabkan mabuk, lalu kedua-dua mereka berlalu pergi. Malah dia juga mendakwa Libby dilihat duduk di berhampiran perhentian bas dan menangis, menjerit dalam keadaan tertekan pada kenderaan berhampiran. Sehingga kini kes masih dalam perbicaraan di Mahkamah Sheffield Crown di hadapan Hakim Lambert, dijangka berlangsung selama empat minggu. Relowicz akan diadili pada bulan Jun 2020, tetapi ditangguhkan kerana pandemik koronavirus. 

Sumber : The guardian, Hulldaily

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×