Sekadar gambar hiasan
Seorang doktor, isteri dan anak ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan kematian seorang lelaki yang ditemui tanpa kepala dan dalam keadaan berbogel di sebuah bilik hotel di Jepun.
Artikel Berkaitan: Mayat Lelaki Ditemui Di Bilik Hotel Dalam Keadaan Telanjang & Kepala Dipenggal
Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan
Tiga beranak ditahan sebab bunuh
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Straits Times, doktor berusia 59 tahun iaitu Osamu Tamura, isterinya berusia 60 tahun dan anak perempuan pasangan ini iaitu Runa Tamura, 29, telah ditahan atas dakwaan membunuh dengan cara memenggal kepala mangsa, Hitoshi Ura dan meninggalkan mayat tersebut di sebuah hotel.
Memetik laporan sebelum ini, mangsa dilihat masuk ke hotel berkenaan bersama seorang individu yang memiliki badan bersaiz kecil dan dia memakai topi berwarna hitam, berpakaian gelap serta membawa beg pakaian yang besar.
Susulan daripada siasatan yang dibuat, ketiga-tiga beranak terbabit telah ditahan bagi pertuduhan yang sama. Suspek juga dipercayai telah membawa kepala mangsa ke lokasi lain. Polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan hubungan antara mangsa dan suspek.
Sumber: Straits Times