berita

Mayat Ditemui Tanpa Kepala & Telanjang Di Bilik Hotel, Doktor Sekeluarga Ditahan Polis

July 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

mayat tanpa kepala

Sekadar gambar hiasan

Seorang doktor, isteri dan anak ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan kematian seorang lelaki yang ditemui tanpa kepala dan dalam keadaan berbogel di sebuah bilik hotel di Jepun.

Artikel Berkaitan: Mayat Lelaki Ditemui Di Bilik Hotel Dalam Keadaan Telanjang & Kepala Dipenggal

Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan

Tiga beranak ditahan sebab bunuh

mayat tanpa kepala

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Straits Times, doktor berusia 59 tahun iaitu Osamu Tamura, isterinya berusia 60 tahun dan anak perempuan pasangan ini iaitu Runa Tamura, 29, telah ditahan atas dakwaan membunuh dengan cara memenggal kepala mangsa, Hitoshi Ura dan meninggalkan mayat tersebut di sebuah hotel.

Memetik laporan sebelum ini, mangsa dilihat masuk ke hotel berkenaan bersama seorang individu yang memiliki badan bersaiz kecil dan dia memakai topi berwarna hitam, berpakaian gelap serta membawa beg pakaian yang besar.

Susulan daripada siasatan yang dibuat, ketiga-tiga beranak terbabit telah ditahan bagi pertuduhan yang sama. Suspek juga dipercayai telah membawa kepala mangsa ke lokasi lain. Polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan hubungan antara mangsa dan suspek. 

Sumber: Straits Times

SKIP THIS AD ×