berita

Mayat Ditemukan Dalam Kereta

December 2nd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Mayat seorang lelaki dijumpai terlentang di kerusi hadapan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah kedai di Bandar Manjalara, semalam (Khamis).

Artikel Berkaitan: Mayat Warga Emas Ditemui Reput Dalam Rumah Di Gua Musang

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dihempap Tiang Elektrik

Mayat terlentang dalam kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima maklumat kira-kira 3.17 petang daripada pusat panggilan Mers 999 berikutan penemuan satu mayat lelaki di dalam sebuah kereta. Difahamkan, kendaraan terbabit diparkir di hadapan sebuah ‘carwash’.

Beh memaklumkan, berikutan maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan seorang lelaki yang berusia 56 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan terlentang di kerusi hadapan sebuah kereta.

Pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti sebab kematian.

Sementara itu, isteri mangsa yang tinggal berhampiran lokasi kejadian dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×