Seorang gadis ditemui tersangkut di mata kail seorang pemancing di Sungai Sentap, Jitra, Kedah. Gadis tersebut dipercayai mangsa bunuh.
Menerusi laporan Harian Metro, polis telah menahan seorang remaja bagi membantu siasatan ekoran kes kematian gadis tersebut yang dikenali sebagai Ainna, 18, berasal dari Kuala Sungai Baru Sanglang, Simpang Ampat, Perlis.
Terjatuh dalam sungai
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, kes berkenaan yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Hasil soal siasat, suspek yang berusia 18 tahun mengaku terbabit dalam kes ini kerana hanya dia dan mangsa berada di tempat kejadian.
Kedua-duanya dipercayai terjatuh dalam sungai, namun suspek berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa dipercayai lemas.
Ada kesan lebam
Suspek tidak memaklumkan kepada orang awam mengenai kematian mangsa ketika kejadian tersebut berlaku. Hasil pemeriksaan mayat di hospital, terdapat kesan lebam pada belakang kepala, selain kecederaan seperti patah dan lebam di tangan. Pengesahan mayat daripada ibu bapa mangsa juga turut dilakukan.
Suspek direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok untuk membantu siasatan.
Mereka (ibu bapa) mengesahkan mayat itu anak perempuan bongsu mereka selepas tidak mengetahui keberadaan mangsa sebelum itu.
Seorang kakak mangsa ada memberitahu, remaja perempuan itu keluar rumah pada 7 petang, 23 Mac lalu bertemu dengan teman lelakinya, namun kakaknya tidak mengenali lelaki berkenaan.
Berdasarkan laporan, remaja perempuan itu ditemui lemas di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, pada 11.50 malam. Mayat yang masih berpakaian legkap itu ditemui terapung di sungai itu.
Sumber: Harian Metro