berita

‘Mayat Isteri Terbaring Di Lantai, Kanak-Kanak Ditembak’ – Mangsa Serangan

March 15th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Insiden serangan bersenjata ke atas jemaah masjid di Christchurch telah mengorbankan 40 nyawa serta 20 lagi cedera parah. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata tahap ancaman keselamatan dinaikkan ke paras tertinggi ekoran serangan ini.

Jemaah di sebelah ditembak

Salah seorang mangsa yang tidak mahu dikenali memberitahu ketika kejadian dia melihat rakannya disebelah ditembak di kepala.

Ketika sedang bersolat saya terdengar bunyi letupan sebelum seorang jemaah di sebelah saya rebah akibat ditembak di kepala.

Saya terdengar tiga bunyi tembakan dan selepas 10 saat bunyi itu kedengaran semula. Semua jemaah bertempiaran melarikan diri dan ada yang berlumuran darah.

Lelaki Palestin itu berkata lagi, ketika diserang Masjid al Noor dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat Jumaat.

Mayat isteri terbaring di lantai

Seorang mangsa lain yang sedang bersolat di Masjid Deans berkata selepas mendengar bunyi tembakan dia segera melarikan diri.

Saya terus melarikan diri dan ketika menuju ke pintu keluar saya melihat mayat isteri saya terbaring di lantai. Saya juga melihat kanak-kanak ditembak. Mayat mereka bergelimpangan di mana-mana.

Terbaru, media melaporkan Polis New Zealand telah menahan empat orang termasuk seorang wanita berhubung kes tembakan di dua masjid di bandar Christchurch.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×