Foto: Sinar Harian
Mayat seorang kanak-kanak tanpa organ badan dan kaki ditemui tersangkut dalam kawasan semak di Jalan Anggerik Putih Majidee, Kampung Desa Makmur, Johor Bahru.
Mayat tanpa organ dan kaki
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, mayat tersebut pada awalnya ditemui berdekatan tebing sungai oleh orang awam yang terhidu bau busuk sebelum bertindak menghubungi polis dan bomba. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pihak polis serta anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat kanak-kanak lingkungan usia tiga tahun itu sudah reput dan berbau busuk.
Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat. Setakat ini kita tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan.
Pihaknya percaya kemungkinan mayat itu sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Malah belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada. Jelasnya lagi, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan mayat tersebut.
Setakat minggu ini pihaknya tiada menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai.
Sumber: Harian Metro