Pihak Polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang adalah penyanyi Nidza Afham.
Artikel Berkaitan: Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’
Sah mayat Nidza Afham
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Mayat tersebut dijumpai sekitar pukul 7 malam pada Rabu kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Terdahulu, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story, pelantun lagu ‘Geming Jiwa’ itu turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang sehingga kini.
Sumber: Mstar