Satu mayat lelaki ditemui pekerja ladang di dalam sebuah kereta di kawasan Ladang Felcra, Kampung Endap, Kota Samarahan, semalam (Khamis).
Artikel Berkaitan: Pemancing Jumpa Mayat Perempuan Terapung Di Perairan Pulai Perhentian
Artikel Berkaitan: Tulang & Rangka Reput Ditemui, Dipercayai Milik Makcik Senah
Pekerja ladang
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut disedari oleh salah seorang pekerja ladang di kawasan itu apabila terlihat sebuah kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di situ.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka memberitahu, penemuan mayat lelaki berkenaan segera diberitahu kepada pengurus ladang yang kemudiannya melaporkan kepada polis kira-kira jam 12.05 tengah hari.
Semasa pekerja itu memeriksa kenderaan berkenaan, dia menemui ada mayat di dalamnya.
Pemeriksaan pihak polis di tempat kejadian mendapati satu mayat di dalam kereta iaitu seorang lelaki berusia 47 tahun. Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang kesan pergelutan.
Sementara itu, Brodie menjelaskan lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan daripada Hospital Pusat Jantung Sarawak. Malah, hasil pemeriksaan lanjut ke atas mayat mendapati tiada kesan kecederaan pada badan si mati.
Lanjutan itu, Brodie memaklumkan kes masih dalam siasatan pihak polis manakala insiden diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Kosmo