Gambar sekadar hiasan
Penemuan tulang dan rangka reput di ladang kelapa sawit di Felda Sungai Kelamah, dipercayai milik seorang wanita warga emas yang dilapor hilang sejak lebih dua minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Mayat Warga Emas Ditemui Reput Dalam Rumah Di Gua Musang
Artikel Berkaitan: Dakwa Nampak Kelibat Sebelum Kereta Terbabas, Polis Sahkan Jumpa Mayat Reput Di Kawasan Kemalangan
Ditemui orang awam
Difahamkan, mangsa Aliah Omar atau lebih dikenali sebagai Makcik Senah, berusia 74 tahun telah disahkan meninggal dunia selepas tulang dan rangkanya ditemukan oleh orang awam ketika mengembala lembu di kawasan berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, identiti tulang serta rangka manusia yang sudah reput itu dipercayai sebagai Makcik Senah berdasarkan pengecaman yang dibuat anak mangsa melalui pakaian yang dipakai wanita warga emas terbabit.
Pada jam 5.30 petang anggota di Pondok Polis Sungai Kelamah menerima maklumat mengenai penemuan tulang dan rangka disyaki manusia yang sudah reput ketika sedang mengembala lembu di kawasan itu.
Tulang dan rangka berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat. Manakala, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber: Berita Harian