Foto: New York Post
Pihak polis menahan sepasang suami isteri berhubung penemuan mayat seorang pempengaruh terkenal yang ditemui mati di dalam sebuah kolam.
Artikel Berkaitan: Influencer, Pengasas Kosmetik Sifu Lentik Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Ada Duit, Ada Penyondol’ – Shermine Ah Moi ‘Warning’ Influencer, Jaga Perangai Elak ‘Disondol’
Tiada hantaran di media sosial
Foto: New York Post
Memetik laporan The Thaiger, mayat pempengaruh Bj Ahyeong dari Korea Selatan itu ditemui di dalam sebuah kolam di wilayah Kandal Kemboja berhampiran Phnom Penh pada 6 Jun lalu.
Pada awalnya, pihak berkuasa percaya mangsa adalah pelancong dari Korea Selatan, namun hasil pengecaman mayat mendapati mangsa adalah pempengaruh terkenal.
Berdasarkan laporan media, mayat BJ Ahyeong ditemui selepas dia tiba-tiba tidak lagi memuat naik sebarang hantaran di media sosial.
Dapatkan rawatan suntikan serum
Foto: New York Post
Susulan itu, polis telah menahan sepasang suami isteri Lai Mou dan Cai Mou yang disyaki telah membunuh pempengaruh berusia 33 tahun tersebut.
Pada 4 Jun lalu, pempengaruh itu berkunjung ke klinik pasangan tersebut untuk mendapatkan suntikan serum namun dia mengalami sawan dan tidak sedarkan diri lalu meninggal dunia.
Pasangan itu mendakwa bahawa mereka telah membungkus mayatnya dan buang ke dalam sungai. Bagaimanapun, kenyataan tersebut bercanggah dengan pendedahan pihak media iaitu terdapat tanda-tanda kecederaan parah di muka, luka, patah tulang, lebam dan melecur.
Sementara itu, pasangan tersebut sedang menunggu prosiding undang-undang manakala pihak berkuasa pula masih menunggu laporan bedah siasat bagi memperoleh maklumat tentang punca kematian.
Dalam pada itu, polis Korea Selatan mengesahkan laporan berkenaan dan Kementerian Luar Korea juga menyatakan bahawa mereka akan memberikan bantuan diplomatik kepada keluarga mangsa serta akan bekerjasama dengan pihak polis Kemboja.
Terdahulu, pada Mac lalu BJ Ahyeong yang mempunyai lebih 258,000 pengikut di Instagram (IG), baru-baru ini telah mengumumkan hasrat untuk berhenti dari kerjayanya dan mahu menjalani kehidupan sebagai orang biasa.
Sumber: The Thaiger