berita

Mayat Lelaki Ini Digali Semula Sebab Pihak Berkuasa Nak Ambil Pakaian Seragam

August 16th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Pihak berkuasa di barat Kenya bertindak menggali semula mayat seorang lelaki yang dikenali Martin Shikuku Alukoye semata-mata untuk mendapatkan semula pakaian seragam yang dipakai oleh Alukoye semasa pengebumiannya.

Menerusi British Broadacsting Corporation, Alukoye dipercayai mati lemas kerana mengalami kekejangan semasa menyeberangi Sungai Eburinde. Alukoye dikebumikan lengkap dengan pakaian seragam Perkhidmatan Belia Daerah Kakamega seperti but, topi perkhidmatan dan juga lanyard.

Tindakan akan dikenakan…

Isteri mangsa, Jacqueline dan keluarga Alukoye mendakwa bahawa pihak berkuasa telah menggali semula kubur mangsa untuk mendapatkan semula baju seragam yang dipakainya semasa pengebumian tersebut walaupun tindakan mereka itu tidak mendapat keizinan daripada keluarga mangsa atau perintah mahkamah.

Kejadian ini telah membuat kami sekeluarga sengsara dan anak-anak saya masih kecil. Sejak saya dilahirkan, saya tidak pernah menyangka kejadian ini akan berlaku.

Saya merayu agar mereka tidak mengganggu kami dan tinggalkan kami secara damai.

Walau bagaimanapun, pegawai tempatan tersebut menafikan dengan mengatakan bahawa pakaian mangsa telah ditukarkan sebelum lelaki itu dikebumikan. Penolong Ketua penduduk Ituti, Daniel Namayi mengatakan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pegawai yang terlibat.

Bapa saudara Alukoye, Francis Mutamba juga mendakwa bahawa pihak berkuasa tersebut telah melanggar undang-undang tanah dan undang-undang nenek moyang mereka.

Kami telah terlibat dengan kerajaan daerah berkaitan dengan pengebumian dan mereka tidak pernah menolak cadangan kami untuk mengebumikannya dengan pakaian seragam tersebut.

Kami turut diberi keizinan untuk mengebumikan pada waktu malam kerana mengikut kepercayaan kami bahawa orang yang mati lemas tidak boleh dikebumikan ketika matahari bersinar.

Ritual penyucian…

Mayat Alukoye kemudiannya telah dikebumikan semula dengan dipakaikan pakaian yang baru setelah orang tua di kampung itu melakukan ritual penyucian untuk keluarganya.

Tetapi, pegawai tempatan, Robert Sumbi menafikan bahawa mayat Alukoye telah digali semula sebaliknya memberitahu BBC, Alukoye dibenarkan berpakaian seragam untuk pengebumian simbolik sebelum pakaiannya ditukarkan.

Ketua Kakitangan Kakamega County berkata menurut tradisi tempatan, kebiasaannya orang yang mati akan dikebumikan dengan menggunakan pakaian awam. Sementara itu, pakaian seragam tersebut ditinggalkan kepada ahli keluarga Alukoye dan mengatakan kerajaan mampu untuk membeli pakaian seragam yang lain.

Sumber: British Broadcasting Corporation

 

SKIP THIS AD ×