berita

Mayat Lelaki Tertiarap Dalam Lombong Disyaki Warga Asing Lari Dari Pusat Kuarantin

November 26th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini, mayat lelaki tanpa pakaian dan organ ditemui terapung di dalam sebuah lombong berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil, Selangor. Proses mengenal pasti identiti mangsa menjadi sukar apabila tiada sebarang kad pengenalan diri ditemui.

Artikel berkaitan: ‘Cuma Ada 3 Jari Dengan Kulit’ – Mayat Tanpa Pakaian Ditemui Dalam Lombong, Organ Dalaman ‘Hilang’

Terbaru, Harian Metro melaporkan mayat lelaki yang ditemui pada 10 November lalu disyaki warga asing yang lari dari pusat kuarantin Covid-19.

Pekerja asing sebuah syarikat

Sekadar gambar hiasan

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, sebuah syarikat mendakwa mayat lelaki yang ditemui berkemungkinan pekerja asing syarikat itu.

Tambahnya lagi, pihaknya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi kedutaan besar negara asal si mati dua minggu lalu.

Setakat ini, pihak polis masih menunggu pengesahan identiti mangsa menerusi DNA kaum keluarganya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mangsa tiba di negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selepas dua hari menjalani kuarantin, mangsa dapat melarikan diri dari Pusat Kuarantin Hotel Marriot di sini.

Kemudian mayatnya ditemui terapung tanpa organ dalaman di dalam bekas lombong.

Ujarnya lagi, mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum ditemui pada 10 November lalu. Ditemukan dalam keadaan tertiarap, organ dalaman mangsa hilang disyaki dimakan ikan atau binatang di dalam lombong.

Di samping itu, pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap penduduk orang asli berhampiran kawasan lombong untuk mengenal pasti jika ada ahli keluarga yang hilang. Namun ternyata tiada.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×