Sekadar gambar hiasan
Misteri bau busuk di sebuah kediaman di Taman Sri Serdang akhirnya terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki warga Afrika yang juga merupakan bekas mahasiswa di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Mayat ‘membusuk’ dalam bilik
Mangsa yang berusia 31 tahun dipercayai sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu sebelum mayatnya ditemui di sebuah bilik tidur di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, pihaknya telah menerima aduan daripada orang awam berhubung bau busuk dari kediaman terbabit.
Tiada maklumat yang diperoleh berkaitan mangsa selepas tamat belajar di IPTA itu, kali terakhir mangsa dilihat pada Isnin minggu lalu oleh pekerja kedai serbaneka berhampiran rumahnya.
Hasil siasatan lanjut mendapati, mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan mangsa kemungkinan mempunyai penyakit kerana terdapat banyak ubat-ubatan atas namanya yang ditemui di dalam bilik tidur tersebut. Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa dan lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).
Sumber: Kosmo