berita

Mayat Mangsa Culik Ditemukan Dalam Gaung

October 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita yang disyaki diculik di kawasan Broga, Lenggeng sejak Ahad lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemui dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September.

Mayat mangsa culik ditemui dalam gaung

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan berhubung kes penculikan itu pada Isnin lalu dan sejak daripada itu, mereka mula menjalankan operasi khas bagi mencari mangsa.

Sebelum insiden itu, pada hari Ahad jam 6.30 petang pengadu memaklumkan menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan.

Pada 27 September sekitar jam 3:30 petang, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat telah menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung. Menurut sumber, mangsa yang berusia 27 tahun itu dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke dalam gaung.

Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mayat berkenaan disahkan merupakan mangsa di dalam kes yang sedang disiasat. Ia berdasarkan kepada kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang ditemui bersama mangsa serta pengecaman oleh ahli keluarga.

Teman lelaki mangsa ditahan

Sekadar gambar hiasan

Tambah Ahmad Dzaffir, pihak polis kemudian menahan seorang suspek lelaki berumur 20-an. Berdasarkan siasatan awal, mangsa dan lelaki terbabit dipercayai merupakan pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak tiga bulan lalu. Motif pembunuhan mangsa disyaki ada kaitan dengan hutang.

Pada pertemuan pertama, suspek lelaki meminta untuk meminjam wang daripada mangsa. Namun, mangsa enggan memberi pinjam wang dan mahu membunuh mangsa dengan melarikannya dalam insiden penculikan itu.

Sumber berkata, suspek kemudian meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa dengan mendakwa wanita itu berada dengannnya sebelum mayat mangsa ditemui dalam gaung.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Suspek kini ditahan reman selama 15 hari bermula 28 September lalu hingga 12 Oktober untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

SKIP THIS AD ×