Foto: India Today
Beberapa bahagian badan manusia yang telah dicincang ditemui berhampiran jejambat di kawasan Geeta Colony di Delhi, India.
Mayat dalam plastik
Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, mayat yang dicincang itu ditemui di dalam dua beg plastik hitam yang berbeza sebelum dibuang di tepi jejambat. Pegawai polis yang bertugas termasuk forensik percaya bahawa mangsa merupakan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun.
Mangsa juga dipercayai merupakan mangsa bunuh memandangkan mayatnya ditemui di dua lokasi berbeza iaitu di jejambat dan juga kawasan hutan di kawasan Yamuna Khadar.
Susulan daripada penemuan mengerikan itu, pihak berkuasa termasuk skuad anjing dan dron telah turun padang bersama-sama dalam operasi tersebut.
Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan mayat mangsa juga telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.
Sumber: India Today, Times of India