Punca kematian Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang reput pada bahagian dada dan muka.
Artikel Berkaitan: ‘Perginya’ Bakal Pendidik Hebat, Arwah Nur Farah Kartini Merupakan Pelajar Cemerlang Dengan CGPA 4.0
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lambaian Terakhir Nur Farah Kartini Jadi Kenangan – ‘Kepulangan Yang Kami Nantikan Tapi Allah Lebih Sayang’
Mayat reput
Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.
Buat masa ini, pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.
Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian.
Sementara itu, pihak polis telah merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, media melaporkan tentang kehilangan Farah yang dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan. Polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita yang berasal dari Sarawak itu pada 10 Julai lalu.
Kali terakhir Farah dilihat adalah ketika dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar ‘slack’ hitam.
Sehinggalah pada petang Isnin, Farah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan seorang anggota polis telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Kosmo