Baru-baru ini kecoh mengenai berita kematian seorang pelajar lelaki yang menuntut di sebuah universiti di Indonesia. Lebih menyayat hati apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Kemaluan pecah, kulit keluar cecair
Memetik laporan daripada media Indonesia, mangsa yang dikenali sebagai Aldi Sahilatua Nabahan dipercayai dibunuh di bilik sewanya. Mayat mangsa ditemui oleh pemilik rumah sewa, Nyoman Risup Artana pada 18 November lalu selepas berasa curiga melihat bilik mangsa dipenuhi dengan lalat hijau.
Nyoman kemudian cuba mengetuk pintu namun tiada sebarang respon yang diterima. Susulan daripada itu, Nyoman bertindak menghubungi pihak polis dan setibanya di lokasi kejadian, mereka menemui mayat Aldi tergantung bersandar di pintu bilik sementara kedua-dua kakinya mencecah lantai.
Bukan itu sahaja, hidung dan mulut mangsa dilihat berdarah dan kulitnya mengeluarkan cecair. Lebih menyayat hati apabila mendapati kemaluan mangsa juga pecah dan berdarah manakala sikunya sudah tidak berada di posisi asal.
Kakak mangsa iaitu Monalisa Nababan berasa curiga dengan kematian adiknya malah dia percaya bahawa adiknya itu merupakan mangsa pembunuhan. Oleh itu, pihak keluarga kini sedang menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa.
Sumber: Tribunnews, Viva