berita

Mayat Wanita Disumbat Dalam Beg Pakaian, Ditinggal Tepi Jalan

October 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa seorang wanita apabila dia ditemui maut dan disumbat dalam sebuah beg pakaian. Memetik laporan Harian Metro, kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Aman, Sibu Sarawak.

Disumbat dalam beg

Mayat wanita itu dijumpai dalam keadaan disumbat dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di tepi jalan. Menurut orang awam yang berada di tempat kejadian , mereka terus menghubungi pihak polis setelah melihat satu beg besar berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Pihak polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan itu. Setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Mayat tersebut kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat bagi siasatan lanjut. Pihak polis turut meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi pihak polis dengan kadar segera.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×