Foto: New York Post
Misteri kehilangan YouTuber terkenal Brazil yang tidak pulang ke rumah selama beberapa hari terjawab apabila mayatnya ditemui tertanam di belakang rumah kekasihnya.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Mahu Cuba Alat Permainan Seks ‘Bola Ping Pong’, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik
Maut selepas lakukan hubungan seks
Foto: New York Post
Memetik laporan New York Post, pempengaruh yang bernama Carlos Henrique Medeiros dikatakan hilang beberapa hari selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumah untuk meraikan perayaan Hari Natal.
Walau bagaimanapun, mayat Carlos akhirnya dijumpai dan dipercayai maut akibat pengambilan dadah secara berlebihan selepas selesai melakukan hubungan intim bersama adik kepada teman wanitanya.
Menerusi hasil siasatan yang dibuat pihak polis, pempengaruh berusia 26 tahun itu didakwa terjatuh sewaktu mencapai klimaks ketika hubungan intim tersebut.
Panik dengan keadaan tersebut, teman wanitanya lantas menanam mayat pempengaruh yang mempunyai lebih 1.77 juta pengikut itu di belakang rumah.
Mayat mangsa kemudiannya berjaya ditemui oleh ahli keluarganya yang berasa curiga dengan timbunan tanah pelik di belakang laman rumah wanita berkenaan.
Sumber: New York Post