berita

MB Selangor Minta Sektor Ekonomi, Industri Di PKPD Kekal Tutup, Netizen Cakap Mustahil Sebab..

July 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan supaya sektor ekonomi dan industri di negeri Selangor kekal tutup sehingga tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Amirudin, cadangan tersebut disarankan oleh beliau ketika mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Mohon dipertimbangkan

Menurut Amirudin, dia berharap cadangan yang dikemukakan itu dapat dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Hanya beberapa sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibenarkan beroperasi itupun setelah mendapat pertimbangan daripada MKN.

Ini berikutan matlamat pelaksanaan PKPD bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara masih belum dicapai. Oleh itu, hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN.

Tambah Amirudin lagi, beliau turut memberi cadangan supaya proses vaksinasi terhadap pekerja di negeri ini dipercepatkan. Ujarnya, kadar vaksinasi ditentukan sebagai salah satu faktor pembukaan sektor ekonomi semula. Beliau turut menegaskan kes positif Covid-19 di Selangor mengalami peningkatan disebabkan oleh saringan menyeluruh yang dilakukan di kawasan PKPD. Semalam, Selangor terus merekodkan jumlah kes paling tinggi iaitu 4,152 kes harian.

Tutup semua YB

Di ruangan komen, rata-rata rakyat negeri Selangor bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Amirudin. Menurut netizen, semua pekerja seharusnya mendapat vaksin terlebih dahulu bagi mengurangkan kadar jangkitan dan kes Covid-19 di negeri ini.

Terdahulu, bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan global dan sektor kritikal dapat beroperasi dengan lancar, pihak kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan beberapa lagi sektor ekonomi pembuatan untuk beroperasi di lokaliti yang dikenakan PKPD di negeri Selangor. Antara sektor yang dibenarkan beroperasi oleh pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ialah sektor Elektrikal & Elektronik dan rantaiannya, sektor Aeroangkasa (Penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan), sektor Mesin dan Peralatan yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan serta syarikat pembuatan makanan dan minuman yang utama sahaja.

Sumber: Amirudin Shari

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×