Ye tepat sekali guyss! MBSB Bank menawarkan perkhidmatan tersebut untuk korang semua. Tetapi, biar apa pun jenis teknologi yang direka cipta, ia mestilah bertujuan untuk kebaikan kehidupan manusia kan?
Namun, sejauh manakah teknologi e-wallet ini dan apa kelebihan lain yang membuatkan ia mematuhi prinsip syariah seperti yang disebutkan tadi tu? Ha…kena lah baca sampai habis, baru korang faham nanti!
Konsep sistem pembayaran elektronik yang boleh akses di aplikasi mudah alih
Sebelum tu min nak share dengan korang apa itu MBSB Bank e-Wallet? Untuk pengetahuan korang, ia merupakan dompet elektronik pertama yang berkonsepkan patuh Shariah yang ditawarkan oleh MBSB Bank di mana konsep sistem pembayarannya secara elektronik.
Selain itu, ia terdapat dalam aplikasi mudah alih yang menawarkan pelbagai fungsi dan servis yang menarik seperti tambah nilai, semakan baki, pembayaran dan pelbagai lagi.
Ha…paling penting, korang boleh gunakan dompet elektronik ni, bila-bila masa dan dimana sahaja dengan hanya memuat turun aplikasi MBSB Bank e-Wallet pada telefon pintar korang.
Jom tengok apa ciri-ciri & fungsi MBSB Bank e-Wallet ni!
Nak guna MBSB Bank e-Wallet ni memang sangat mudah, korang hanya perlukan amaun maksimum untuk transaksi harian sebanyak RM200 dan boleh letakkan baki maksimum RM1,000 saja dalam e-wallet tersebut.
Lepastu, kalau dah habis duit tu, boleh lah top up e-wallet korang tu melalui perkhidmatan FPX yang disediakan di aplikasi tersebut.
Selain itu, MBSB Bank e-Wallet ini juga memang selamat untuk digunakan sebab mereka telah menyediakan pelbagai ciri keselamatan seperti berikut:
- Hanya satu nombor telefon yang sah dibenarkan untuk mendaftar MBSB Bank e-Wallet.
- Akses ke perkhidmatan perbankan dilindungi dengan prosedur masuk yang selamat dengan menggunakan ID log masuk dan kata laluan yang sah untuk memastikan aplikasi disambungkan ke laman rasmi Bank MBSB.
- 6 digit transaksi PIN perlu dimasukan bagi setiap transaksi wang atau pembayaran.
- Data sensitif seperti kata laluan atau maklumat transaksi akan dikirimkan di jaringan umum melalui protokol yang selamat iaitu SSL, TLS dan HTTPS.
So lepasni korang tak perlu risaulah kan, sebab ianya memang sangat secure untuk pengguna. Tetapi, sebelum korang nak akses tu ada beberapa syarat minimum peranti mudah alih untuk menggunakan aplikasi ini. Antaranya adalah:
- Peranti mestilah bukan peranti “jailbreak” atau “rooted”.
- Sambungan internet.
- Platform dan versi mudah alih yang disokong adalah seperti IOS versi 14.1 ke atas dan Android Peranti versi Android 5.0 dan keatas
Macam mana pula nak daftar MBSB Bank e-Wallet? Senang je!
Buat korang yang masih belum ada lagi MBSB Bank e-Wallet ni, korang dah boleh mula daftar sekarang. Caranya mudah saja, korang hanya perlu ikut langkah dibawah ini:
- Muat turun aplikasi MBSB Bank e-Wallet sama ada di “Google Play Store” atau “Apple Apps Store”.
- Lancarkan/buka aplikasi MBSB Bank e-Wallet
- Tekan butang Daftar (Sign Up)
- Masukkan butiran dibawah dan tekan butang “Submit”:-
- Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
- Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Nombor Kad Pengenalan yang sah
- Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan (8-10 alphanumeric & special characters)
- Transaksi PIN and Pengesahan Transaksi PIN
- Bersetuju dengan Terma dan Syarat.
- Minta dan masukkan 6 digit OTP (One Time Password)
- Masukkan OTP yang sah dan tekan butang “Submit” bagi melengkapkan proses pendaftaran.
- Masukkan Nombor Telefon yang berdaftar dan kata laluan yang sah untuk log masuk.
Dah settle semua, korang boleh mula guna dan berbelanja menggunakan e-wallet tersebut. Mudah kan!
Ada 32 jenis pilihan kedai atau peniaga dari pelbagai kategori yang ditawarkan
MBSB Bank e-Wallet juga menawarkan sebanyak 32 jenis pilihan kedai atau peniaga dari pelbagai kategori dengan jumlah cawangan sebanyak 1918.
Antaranya adalah MPH Bookstore, Restoran Pelita, Crocs, Constant Pharmacy, Thunder Match, Mydin, MR DIY, dan boleh juga digunakan di stesen minyak Petron serta pelbagai lagi kedai menarik yang akan bertambah dan berkembang untuk korang guna nanti!
Menarik kan! Ha…kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai MBSB Bank e-Wallet ni, jangan lupa layari laman sesawang yang disediakan serta aplikasi Facebook dan juga Instagram mereka sekarang!