Kurma dan kopi? Kurma dan susu? Macam jarang je dengar kan? Haa..kali ni, McCafe tampil dengan kelainan dan memperkenalkan 3 minuman terbaru iaitu Latte Kurma Ais, Susu Kurma Ais dan Kurma Ais!
Diperbuat dari ekstrak kurma sebenar dan dicampur dengan susu segar atau latte, memang betul-betul dapat berikan korang kepuasan serta menghilangkan dahaga selepas penat berpuasa seharian. Jom kami kongsikan apa keistimewaan ketiga-tiga minuman ni!
McCafe Latte Kurma Ais
Bayangkan haruman secawan latte yang dibru segar setiap hari, diperbuat dari 100% biji kopi Arabica berkualiti tinggi, dicampur pula dengan susu segar dan ekstrak kurma sebenar. Wow!
Bila minum sejuk-sejuk semasa berbuka puasa tu, memang dapat kembalikan tenaga yang hilang setelah seharian berpuasa. Perghh..nikmat betul!
McCafe Susu Kurma Ais
Bagi korang yang tak gemarkan kopi, jangan risau. McCafe Susu Kurma Ais kan ada! Campuran susu segar dengan ekstrak kurma sebenar memang akan berikan korang rasa enak dan kepuasan yang tak terhingga!
McCafe Kurma Ais
Kalau korang inginkan minuman yang kaya dengan rasa kurma sebenar, McCafe Kurma Ais lah jawapannya! Diadun dari ekstrak kurma sebenar, McCafe Kurma Ais menjanjikan rasa asli dan segar!
Untuk masa terhad sahaja, jom pesan sekarang!
Amacam? Dah tertelan air liur ke? Mesti korang dah tak sabar nak rasa sendiri keenakan minuman kesegaran kurma dari McCafe kan! Dipadankan pula dengan juadah berbuka atau bersahur, memang kombo yang lengkap!
Apa lagi tunggu, jom pesan melalui McDelivery atau Pandu Lalu dan nikmati kesegaran McCafe Latte Kurma Ais, McCafe Susu Kurma Ais dan McCafe Kurma Ais bersama yang tersayang di bulan Ramadan ini.
Untuk maklumat lanjut, layari McDelivery Malaysia.