berita

McDonald’s Tawar 6 Pilihan Sos McNuggets Untuk Masa Terhad & Peluang Menang Hadiah Sehingga RM50,000 Sekarang!

May 11th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

McDonald’s Chicken McNuggets merupakan menu klasik kegemaran ramai. Korang pun mesti dah pernah cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, betul tak?

Jika sebelum ini setiap kali beli Chicken McNuggets korang hanya dapat 1 pilihan sos sahaja, Kini, McDonald’s menyediakan 6 pilihan sos untuk masa terhad. Jadi, jom ambil peluang ini untuk merasai sendiri rasa sos-sos istimewa ini.

Nikmati Chicken McNuggets dengan 6 pilihan sos edisi terhad sekarang!

Berikut ialah 6 sos pilihan yang ada di McDonald’s. Setiap sos-sos ini memiliki rasanya yang tersendiri. Rugi korang tak cuba!

  • Sos Cajun
  • Sos Cili Manis
  • Sos Barbeku
  • Sos Masam Manis
  • Sos Kari Jepun
  • Sos Keju Perancis

Memandangkan pilihan sos-sos ini hanya ditawarkan untuk jangka masa yang terhad, kunjungi McDonald’s yang terdekat atau pesan melalui aplikasi McDelivery sekarang untuk merasai sendiri kombinasi rasa Chicken McNuggets dan sos edisi terhad yang tersedia sebelum ianya habis terjual.

Cabaran TikTok #McDDoDaDipChallenge tawar hadiah sehingga RM50,000!

Bukan itu sahaja, bermula 15 hingga 21 Mei ini McDonald’s juga menganjurkan cabaran TikTok dengan kolaborasi bersama ALYPH, penyanyi lagu “SWIPE” melalui #McDDoDaDipChallenge.

Cabaran ini menawarkan pelbagai hadiah menarik sehingga RM50,000.

Langkah-langkah penyertaan ada di bawah.

  1. Cipta video TikTok menggunakan runut bunyi ALYPH SWIPE (#McDDoDaDip Remix)
  2. Pamerkan tarian jari kreatif ketika mencelup Chicken McNuggets ke dalam sos
  3. Jangan lupa hashtag #McDDoDaDipChallenge dan username IG korang di dalam kapsyen video.
Peraduan sah bermula 15 hingga 21 Mei.

Berikut ialah sebahagian daripada hadiah-hadiah yang #McDDoDaDipChallenge sediakan untuk korang.

• 5 Penyertaan paling kreatif bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah lebih RM20,000!

• 20 Penyertaan dengan ‘like’ terbanyak akan memenangi baucar tunai McDonald’s, McDDoDaDip Hoodie & jemputan eksklusif ke showcase party bersama Alyph

• 100 Penyertaan terawal akan memenangi baucar tunai McDonald’s RM100

Jadi apa lagi yang korang tunggu? Jom sertai cabaran TikTok #McDDoDaDipChallenge untuk peluang menang hadiah-hadiah diatas.

Pss… dengar-dengar McDonald’s akan keluarkan exclusive merch tak lama lagi. Ikuti halaman sosial media McDonald’s untuk hebahan dan maklumat terkini.

Website: McDonald’s Malaysia

Facebook: McDonald’s Malaysia

Instagram: McDonald’s Malaysia

 

SKIP THIS AD ×