Media Prima Audio (MPA) baru sahaja selesai melancarkan Misi Bantuan Banjir 2024 #SuaraBantuan yang merupakan sebuah inisiatif kemanusiaan bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan beberapa kawasan lain di Malaysia pada Selasa.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul serta menyampaikan bantuan kepada komuniti yang memerlukan di lokasi-lokasi yang terkesan.
Artikel Berkaitan: Rangkaian Televisyen Media Prima Bawakan Liputan Khas Pra-Belanjawan 2025
Jalin kerjasama bersama Mydin & MAPIM
Foto: Harian Metro
Berlangsung di Mydin Mall USJ, Subang Jaya, majlis pelancaran misi bantuan ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat daripada Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, Muhammad Nazri bin Noran, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Datuk (Dr) Sani bin Datuk Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, dan Tuan Hj Faris Hussain, Ketua Setiausaha MAPIM Malaysia.
Media Prima Audio yang bertindak sebagai penganjur utama turut menjalinkan kerjasama bersama Mydin Mohamed Holdings Bhd, yang turut menyumbang barangan keperluan asas serta makanan bernilai RM 50,000 dan menyediakan lokasi pungutan.
Lebih menarik, inisiatif murni ini turut mendapat sokongan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), yang menguruskan logistik dan pengagihan barangan bantuan ke kawasan-kawasan terjejas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio iaitu Nazri Noran, kerjasama yang dilakukan bersama Mydin dan MAPIM ini sedikit sebanyak menunjukkan semangat kebersamaan mereka dalam usaha untuk membantu mangsa banjir yang terkesan.
Kerjasama strategik ini menunjukkan semangat kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan.
Kami berterima kasih kepada Mydin dan MAPIM Malaysia atas sokongan yang diberikan.
Kami berharap sumbangan ini dapat membawa sedikit kelegaan kepada mangsa banjir.
Setiap sumbangan anda amat bermakna dalam membantu mereka yang terkesan.
Misi bantuan banjir Media Prima Audio
Untuk info, kempen ini akan berlangsung dari 2 hingga 15 Disember 2024 di empat lokasi yang terpilih iaitu Mydin Mall USJ, Subang Jaya, Mydin Seksyen 18, Shah Alam, Mydin Semenyih dan Gudang Sentral MAPIM Malaysia di Sepang.
Orang ramai boleh menyumbang barangan bantuan di lokasi-lokasi ini dari jam 9 pagi hingga 9 malam di tiga lokasi Mydin terpilih serta di Gudang Sentral MAPIM Malaysia dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari sepanjang tempoh kempen.
Anda juga boleh mendapatkan info serta kemas kini terkini mengenai kempen ini melalui media sosial rasmi hotfm976, flyfm958, kool101my, molekfm dan eightfm881.