berita

Media Prima Berhad Lantik Dato’ Iskandar Mizal Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Yang Baru

February 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Hari ini bersamaan 28 Februari 2020, Media Prima Bhd (Media Prima) telah melantik Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa pada 1 April 2020. Beliau bakal menggantikan Datuk Kamal Khalid yang akan menamatkan tempoh khidmatnya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 31 Mac 2020.

Sebelum ini, Datuk Kamal telah memegang pelbagai jawatan dan tanggungjawab semasa bersama Media Prima sejak 2009. Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima; Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan; Ketua Pegawai Operasi, Pembangunan Perniagaan dan Antarabangsa dan Ketua, Pengedaran Kandungan.

Media Prima media tempatan paling besar di Malaysia

Beliau memainkan peranan penting dalam pelaksanaan fasa pertama usaha transformasi perniagaan Kumpulan, Odyssey, yang berfokus terhadap mempelbagaikan perolehan menerusi tiga bidang utama – digital, perdagangan dan melangkaui pasaran Malaysia. Fasa ini juga menyaksikan Media Prima mengambil langkah pelaksanaan penstrukturan keseluruhan Kumpulan untuk menjadi syarikat yang lebih efisien dan tangkas dalam melayari persekitaran media yang sentiasa berubah.

Pada masa ini, Media Prima muncul sebagai pemain media tempatan paling besar dari segi jangkauan digital dan pilihan nombor satu bagi kandungan mudah alih di Malaysia. Usaha niaga segmen beli belah Media Prima juga mencatatkan pertumbuhan perolehan tahunan sejak dilancarkan pada 2016, manakala Kumpulan juga telah berjaya memasarkan kandungan dan hak milik intelektualnya ke luar negara.

Saya percaya ini merupakan masa yang terbaik untuk memberi ruang kepada tenaga kepemimpinan baru untuk meneruskan kemajuan yang telah dicapai oleh Kumpulan menerusi fasa pertama pelan transformasi perniagaan. Ia merupakan satu penghormatan kerana diberi peluang untuk bekerja dengan Lembaga Pengarah dan rakan-rakan sekerja, yang kesemuanya telah memberikan sumbangan yang besar kepada kejayaan Media Prima selama ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka. Saya bersyukur meninggalkan Media Prima dalam tangan pasukan pengurusan yang mantap untuk meneruskan transformasi ini. Saya mengucapkan yang terbaik untuk mereka.

Dato’ Iskandar Mizal bin Mahmood sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baru

Susulan pengumuman itu, Kumpulan juga mengumumkan pelantikan Dato’ Iskandar Mizal bin Mahmood sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad berkuat kuasa 1 April 2020 . Beliau menyertai Media Prima sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan pada 1 Oktober 2019. Dato’ Iskandar berpengalaman lebih 30 tahun dengan pelbagai syarikat, daripada syarikat multinasional hingga ke syarikat berkaitan kerajaan, meliputi sektor perbankan pelaburan hingga ke sektor teknologi.

Beliau kini juga adalah ahli Lembaga Pengarah di Theta Edge Bhd dan Globetronics Technology Bhd. Dari April 2017 sehingga Januari 2019, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan ahli lembaga Granatum Ventures Sdn Bhd, syarikat pegangan kreatif dan media Khazanah Nasional Bhd, dengan portfolio operasi merangkumi Iskandar Malaysia Studios, untuk penciptaan kandungan dan kandungan pembiayaan serta pelaburan, kata kenyataan itu.

Iskandar Mizal memainkan peranan penting dalam usaha transformasi syarikat tersebut dan membawa syarikat penciptaan kandungan antarabangsa ke Iskandar Malaysia Studios pada tahun 2018.

Beliau juga adalah salah seorang daripada Penerbit Eksekutif yang telah memainkan peranan penting dalam penerbitan Paskal The Movie, iaitu sebuah filem yang menjana hasil box office antara yang tertinggi di Malaysia.

Iskandar Mizal yang menjadi Ahli Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji dari 2016 sehingga 2018, juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd, dan Pengarah Kumpulan DRB-HICOM Bhd. Iskandar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Boston, Amerika Syarikat, pengkhususan dalam bidang Perakaunan.

Kamal pula telah memegang pelbagai jawatan dan tanggungjawab semasa bersama Media Prima sejak 2009. Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima; Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan; Ketua Pegawai Operasi, Pembangunan Perniagaan dan Antarabangsa; dan Ketua, Pengedaran Kandungan.

Beliau memainkan peranan penting memuktamadkan fasa pertama usaha transformasi perniagaan Kumpulan, Odyssey, yang berfokus terhadap mempelbagaikan perolehan menerusi tiga bidang utama – digital, perdagangan dan melangkaui Malaysia.

Biarpun menghadapi landskap media yang sering berubah dan semakin berfragmentasi, Kamal telah memberikan bimbingan yang tidak ternilai dalam menangani cabaran. Kami mengucapkan yang terbaik untuk masa depan beliau. Iskandar pula mempunyai pengalaman dan berbakat, bakal memberi sumbangan besar kepada Media Prima. Kami menjangkakan peralihan kepimpinan yang lancar, berdasarkan pengetahuan beliau dalam industri dan juga setelah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan.

Kami yakin beliau akan meneraju Media Prima ke tahap baru kejayaan operasi dan prestasi kewangan. Lembaga Pengarah percaya perlantikan ini akan meneruskan kesinambungan usaha transformasi dalam menjadi syarikat kandungan pertama-digital dan perdagangan.

Menurut Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid, Kamal telah berkhidmat lebih daripada 11 tahun dan berdedikasi dalam menerajui syarikat semasa keadaan yang mencabar dalam sejarah kumpulan.