berita

Media Prima Catat Keuntungan RM11.8juta Pada Suku Ketiga 2020 Walaupun Berdepan Pandemik

November 19th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kumpulan Media Prima Berhad hari ini mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM11.8 juta untuk suku ketiga tahun 2020. Berita baiknya adalah perolehan ini meningkat sebanyak 1% kepada RM268.8 juta bagi 3QFY20, berbanding RM265.5 juta bagi 3QFY19, meskipun berdepan landskap ekonomi yang lebih sukar susulan kesan pandemik global.

Untung meningkat

Untuk pengetahuan, syarikat ini juga turut berjaya mengurangkan kerugian bersih daripada RM73.4 juta kepada RM37.22 juta setakat 9 bulan pertama tahun ini berakhir pada 30 September 2020. Berdasarkan harga saham semasa, Media Prima Bhd didagangkan dengan nilai 18 sen pada hari ini iaitu peningkatan sebanyak 1 sen atau 5.88%. Tahniah diucapkan buat Media Prima Bhd atas hasil usaha dalam mencatat keuntungan daripada kerugian tahun lalu.

Inisiatif-inisiatif transformasi perniagaan Media Prima yang sedang dilaksanakan melibatkan kajian semula model-model perolehan, mengurangkan ketidakcekapan kos, dan penyatuan aset bagi mengukuhkan fokus setiap platform. Jenama-jenama digital dan perdagangan telah disatukan di bawah REV Media Group dan WOWSHOP, dengan matlamat untuk mencapai sinergi dan untuk mengukuhkan kedudukan pasarannya.

MPB lancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Covid-19

Bagi tempoh sembilan bulan dalam kajian, REV Media Group mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 14% kepada RM60.6 juta berbanding RM53.2 juta perolehan bagi tempoh dalam perbandingan. REV Media Group terus menambah pelaburan dalam segmen e-sukan melalui Squad Up, iaitu kejohanan PUBG mobile yang dihoskan melalui usahasama dengan YouTube Malaysia dan juga ditaja oleh McDonald’s dan Samsung. Squad Up menampilkan lebih 250 pasukan dan menjangkau lebih 600,000 tontonan di saluran rasmi YouTube TV3.

Bukan itu sahaja, semasa krisis, rakyat Malaysia bergantung kepada Media Prima dimana para pembaca dan penonton mahukan sumber maklumat yang boleh dipercayai bagi mendapatkan perkembangan terkini dan panduan untuk kekal selamat. Di samping menyampaikan laporan berita yang bermakna semasa krisis, MPB turut melancarkan kempen derma Tabung Bantuan Kemanusiaan Covid-19 pada bulan Mac untuk membeli peralatan perubatan yang amat diperlukan oleh hospital-hospital kerajaan yang terpilih di seluruh negara.

Bagi menaikkan semangat para penonton semasa menghadapi pandemik ini, MPB turut menyertai inisiatif Super Stream Malaysia dengan menayangkan program drama dan komedi popular untuk jangka masa yang terhad di YouTube. Kejayaan dan kemampanan ini adalah penting dan akan terus menyampaikan kandungan yang relevan dan berkualiti, selain meningkatkan kecekapan operasi. Bukan itu sahaja, MPB akan terus berusaha untuk memberikan nilai yang terbaik kepada semua pihak berkepentingan.

Sumber : MEDIA PRIMA

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×