berita

Media Prima Rekod Keuntungan Dua Tahun Berturut, Catat Hasil Sebanyak RM997.9 Juta

February 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, Media Prima Berhad merekodkan hasil sebanyak RM997.9 juta dan keuntungan selepas cukai (PAT) merekodkan sebanyak RM53.9 juta sepanjang tempoh 12 bulan yang berakhir 31 Disember 2022.

Artikel Berkaitan: Media Prima Catat Keuntungan RM27 Juta, Kekal Momentum Hasil Pengiklanan

Artikel Berkaitan: Media Prima Kekalkan Momentum Pendapatan, Catat Keuntungan RM20.8 Juta

Keuntungan dua tahun berturut-turut

Sebanyak 4.0 peratus peningkatan PAT berjaya dicatatkan oleh kumpulan Media Prima Berhad dalam tempoh dua tahun berturut-turut berbanding tempoh sama berakhir 31 Disember 2021. Dalam tempoh masa yang sama Media Prima Berhad juga memperoleh hasil pengiklanan yang lebih baik iaitu sebanyak RM748.9 juta.

Menurut Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid berkata prestasi Media Prima menunjukkan kebolehan Kumpulan untuk berdaya saing dalam persekitaran operasi yang mencabar.

Ini termasuk kejayaan mencatatkan keuntungan 12 bulan untuk dua tahun berturut-turut sambil mengekalkan kedudukan pendahulu di kesemua segmen perniagaan kami

Pada tempoh sama, Kumpulan terus mengesahkan komitmennya terhadap amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang baik apabila menerima pengiktirafan dari Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) dan The Edge ESG Awards.

Namun, kami boleh melakukan lebih banyak lagi sebagai syarikat media bersepadu terkemuka bagi membuka potensi yang lebih besar daripada jenama dan perniagaan kami.

Pelan perancangan perniagaan

 

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa Kumpulan akan memfokuskan kepada pelan perancangan perniagaan tiga tahun bagi membawa Media Prima mencapai tahap yang lebih tinggi.

Kami juga akan memantau dengan teliti kecekapan operasi bagi memastikan nilai pemegang saham untuk jangka panjang.

Pelan perningaan ini telah dimulakan yang memberi penumpuan kepada tiga tonggak strategik- rangsangan kandungan (content boost), inventori premium (premium inventory), dan aliran hasil baharu (new revenue streams) dengan menggunakan sepenuhnya keupayaan Kumpulan dalam teknologi, data dan bakat.

Tahun 2022 adalah tahun mencabar

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali menyatakan bahawa keputusan kewangan Kumpulan menunjukkan bahawa tahun 2022 adalah tahun yang lebih mencabar di mana syarikat-syarikat media telah bertindak dengan pantas untuk mengharungi lanskap persaingan yang berubah dengan sangat cepat.

Kami percaya mampu untuk meningkatkan pertumbuhan hasil dan kecekapan operasi secara keseluruhan.

Kumpulan juga telah membuat keputusan untuk menukar tahun kewangan Kumpulan dari berakhir pada 31 Disember kepada 30 Jun bagi mengoptimumkan lagi perancangan audit dan pengagihan sumber.

Kami juga telah menilai semula kekuatan kami dan berbesar hati untuk berkongsi inisiatif kami untuk menyusun semula Kumpulan di bawah rancangan perniagaan tiga tahun yang baharu.

Tujuan utama pelan strategik tiga tahun Media Prima sebagai syarikat media bersepadu adalah untuk memantapkan kemampanan perniagaan dengan menggunakan kelebihan daya saing Kumpulan.

Kami percaya inisiatif ini akan meningkatkan lagi kelebihan daya saing Kumpulan, meraih pelanggan dan projek bernilai tinggi, serta mencapai kepelbagaian pendapatan.

SKIP THIS AD ×