Pelakon tampan, Meerqeen menafikan dakwaan dirinya bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Meerqeen Respon Dakwaan Harga Kereta Cecah RM1.79 Juta – ‘Saya Beli Bukan Untuk Puaskan Orang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Beli Kereta G-Wagon Harga Lebih 1 Juta, Syukur Kerja Keras Berbaloi – ‘Saya Ni Kerja Dalam Diam’
Nafi cium Mimi
Ketika ditemui OhBulan! Meerqeen berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan menyifatkan ia sebagai cubaan untuk menjatuhkan dirinya.
Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya.
Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.
Malah saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip itu. Ia tidak berlaku langsung.
Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, pada Selasa.
Dalam masa sama, pelakon berusia 22 tahun itu berkata dia ada berhubung dengan kekasih Mimi iaitu aktor Syafiq Kyle berhubung isu tersebut.
Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama.
Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ‘man to man talk.
Sementara itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berkata dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Semakin lama kita ada dalam industri pasti ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan.
Kenapa saya perlu jawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat.
Terdahulu timbul dakwaan seorang aktor baharu meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang aktres popular yang berstatus tunangan orang.
Rata-rata netizen telah memetik nama Meerqeen dan Mimi berhubung dakwaan yang tular itu.