berita

Meerqeen Minta Maaf Isu Berbalas Ciuman Dengan Pelawak Indonesia

September 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas hampir sebulan kontroversi mencium pipi pelawak terkenal, Kiky Saputri di Indonesia, pelakon Meerqeen tampil bersuara kepada pihak media.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesranya.. Selepas Berpeluk Dengan Peminat, Meerqeen Cium Dahi Pelawak Indonesia

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anna Jobling Simpati Meerqeen Kena Kecam Netizen

Lebih berhati-hati

Menurut Meerqeen, dia memohon maaf atas ketelanjuran diri ketika menghadiri program hiburan dan sesi bertemu peminat di negara seberang.

Kata pelakon berumur 21 tahun ini, dia akan lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk selepas ini.

Saya minta maaf atas apa yang berlaku di Jakarta, Indonesia. Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya tahu kita berada di Malaysia, jadi saya akan hati-hati.

Ditanya adakah isu panas itu menggangu dirinya sehinggakan mengambil masa yang lama untuk bersuara, Meerqeen menafikan.

Ia tak mengganggu saya. Saya jenis fokus pada kerja, diri sendiri dan keluarga. Jadi, saya fikir ia tak kacau pun. Saya tahu apa saya nak.

Meerqeen ditemui ketika sesi wawancara maya bersama pengarah dan barisan pelakon drama Ash & Aish, sebentar tadi.

Drama Ash & Aish yang diarahkan oleh Helmi Yusof disiarkan di Slot Mega Drama saluran Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 hingga 11 malam.

Tunggu dari pihak pengurusan

Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam enggan mengulas lanjut kerana menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menguruskan.

Apa yang berlaku di Jakarta itu pihak pengurusan saya akan menjawab. Tunggu masa sesuai. Saya minta maaf. Terima kasih.

Pada Ogos lalu, Meerqeen dilihat terlebih dahulu mencium dahi Kiky dan kemudiannya dibalas dengan ciuman di pipi.

Sebelum itu, nama pelakon drama Melur Untuk Firdaus menjadi topik hangat selepas tular video berpelukan dengan peminat wanita.

Sumber: Instagram @meerqeen

SKIP THIS AD ×