Pelakon Meerqeen, menyorot perhatian warganet selepas memuat naik hantaran di Instagram yang mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat.

Artikel Berkaitan: Meerqeen Cuti Sembilan Bulan, Persiapkan Diri Untuk Projek Besar Tahun Depan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Jadi ‘Hyper’, Teruja Dapat Jumpa Meerqeen – ‘Handsomenya Ciptaan Tuhan’

‘Adios’

Menerusi hantaran berbentuk latar hitam dengan tulisan putih, pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, seakan memberi bayangan bahawa dirinya akan menjauh atau berehat seketika daripada media sosial.

Ujar Meerqeen lagi, sepanjang tempoh dia berehat, pengurusan media sosial diserahkan sepenuhnya kepada pasukannya.

Adios.

Saya tidak akan berada di sini untuk sementara waktu.

Pasukan saya akan terus menguruskan segala urusan seperti biasa. 

Dalam kapsyen ringkasnya, pelakon itu hanya menulis satu perkataan ‘Adios’, yang membawa maksud ‘selamat tinggal’ dalam bahasa Sepanyol.

Perkongsian itu mencetuskan tanda tanya ramai peminat yang bimbang dan tertanya-tanya tentang maksud sebenar mesej tersebut. 

Ruangan komen turut dibanjiri komen netizen dan rakan artis yang menitipkan pesanan agar aktor itu menjaga diri dan mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

Peminat tetap berharap agar pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Meerqeen mendedahkan bahawa dia akan berehat selama sembilan bulan untuk mempersiapkan diri dan memberi sepenuh fokus kepada filem terbaharunya akan datang.

Peminat bimbang

OhBulan! Paling Viral Online

Untuk makluman, Meerqeen turut tercalon bagi kategori Selebriti Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.

Selain Meerqeen, antara selebriti yang turut tercalon bagi kategori ini termasuklah Fattah Amin, Zharif Ghazzi, Nadeera Zaini, Aina Abdul, Atikah Suhaime, Amira Othman, Andy Teh & Hun Haqeem.

Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.

Sumber: Instagram Meerqeen