berita

Meerqeen Muat Naik Swafoto Bersama Ameera Khan Di Paris

September 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon kacak, Meerqeen sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi foto bersama pesohor media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan di Instagram Story (IG Stories).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Kenen-Kenen’ Ameera Khan Dengan Meerqeen – ‘Kalau Ni Baru Sesuai’

Ameera Khan, Meerqeen

Menerusi perkongsian tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam duduk bersebelahan Ameera Khan sambil berswafoto. Gambar yang dimuat naik Merqeen kemudian dikongsikan semula oleh Ameera di IG Story miliknya.

Difahamkan, Ameera dan Meerqeen kini berada di Paris atas urusan kerja. Noor Kartini turut berada di sana untuk menemani anak gadisnya.

Sebelum ini, pernah tular di media sosial video Meerqeen dan Ameera Khan menghadiri sebuah acara fesyen di sebuah resort di Johor. Apa yang menarik perhatian netizen apabila Meerqeen bergambar bersama Ameera Khan dan Neelofa sehingga ada yang mengusik mereka sepadan bersama.

Sumber: Instagram Meerqeen

SKIP THIS AD ×